RiaFm

(Cerita2 seram isnin-jumaat~12.15am-2.00am)
Translate this page into:
Spanish TranslationFrench TranslationGerman translationItalian translationPortuguese translationArabic translationJapanese translationKorean translationChinese translationRussian translation

Saturday, November 19, 2011

~Syurga Cinta~

 Salam 1m'sia tuk sume.. Rasanya dah trlalu lama sy tak update blog sy ni.. last update pn time bulan puasa..hhmm.. Alhamdulillah skrg nsyallah sy akn aktifkn smula blog sy yg tak seberape ni.. Harini sy nk brkongsi sedikit maklumat/ isu utk kesedaran kte bersame..


Remaja selalunya dikaitkan dengan cinta. Agak pelik jika dilihat seseorang yang memegang gelaran remaja tidak mempunyai perasaan ingin bercinta dan dicintai juga tidak ada keinginan untuk berkenal-kenalan (kononnya) dan berhubungan sama ada secara SMS ataupun surat (baru romantik kononnya) dengan sahabat lain yang berlainan jantina. Adakah Islam membunuh terus naluri cinta ? Adakah Islam langsung tidak memberi peluang kepada seseorang untuk merasakan perasaan cinta? Adakah Islam ini terlalu kejam apabila mengekang seseorang itu daripada terjebak dengan percintaan ? Bukan begitu .. Islam adalah agama yang syumul! Segalanya sudah ditetapkan oleh syari'at supaya manusia tidak terus tenggelam pada bisikan dunia. Cinta yang diimpikan semasa remaja cuma fatamorgana yang tidak kekal. Cuma mainan remaja yang dibisik oleh hawa nafsu dan syaitan yang cuba menarik setiap bani Adam untuk bersamanya di neraka. Cinta remaja sering membuatkan kita menipu diri sendiri. Pada fikiran sebilangan remaja, 'cuma setakat menelefon dan menghantar mesej dan surat bukannya sampai berjumpa berdua-duaan di taman bunga.

' Firman Allah S.W.T: (٣١) وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬ Maksud : Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).


Sedangkan mendekati zina pun sudah ditegah. Apatahkan lagi berzina!. Mengapa Allah kata, 'JANGAN' kamu 'MENDEKATI ZINA'? Mengapa tidak dikatakan, 'TIDAK PATUTLAH KAMU MENDEKATI ZINA' atau 'TIDAK BAIK KAMU MENDEKATI ZINA'? Ini kerana Islam telah menegaskan bahawa mendekati zina itu saja sudah haram hukumnya, apatah lagi jika berzina. Asyik daripada menelefon kekasih pujaan itulah akan menaikkan keinginan nafsu untuk berjumpa dan kemudian ke arah kegiatan-kegiatan yang seterusnya...nauzubillah..! Sesungguhnya terdapat enam perkara yang mendekatkan diri kita kepada zina.  antaranya :

1. (Melihat) نظرة -Zina itu bermula apabila seseorang itu tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengannya

2. (Senyum)فسامهم -Seterusnya senyuman diukir untukmenarik perhatian masing-masing

3.(Memberi Salam) فسلام - Salam diberi sebagai tanda memulakan hubungan

4.(Bercakap Kosong) فكلام -Setelah mengenal hati budi masing-masing, seringkali mnelefon dan menghantar mesej yang semuanya dipenuhi dengan cakap kosong dan angan-angan cinta

5. (Berjanji)فموعدون - Mula mengikat janji untuk berjumpa untuk mengenali dengan lebih dekat dan melepaskan rindu di hati

6. (Berjumpa) فلقاءون -Dan satu perjumpaan diadakan berdua-duaan (tiga sebenarnya - yang ketiga makhluk bernama syaitan) maka akan berlakulah zina di mana nafsu tidak mampu menahan amarah. Disinilah permulaan untuk melepaskan nafsu yang tidak pernah kenal kepuasan dan maruah diri. Zina bukan sahaja menggadai kehormatan diri malah kehormatan agama, masyarakat dan ibubapa malah merosakkan generasi ummah! Mahukah kita memalit najis yang hina di muka ibubapa setelah mereka membesarkan  ibarat menjaga sebutir permata yang berharga? Mereka juga yang telah bersusah payah melahirkan serta membesarkan kita dengan menggunakan segala kudrat yang ada. Oh tidak! jgn sekalipun kita mgecewakan mereka..
Kenapa harus mnjadi hmba kpd cinta..knapa harus brkorban demi cinta..? Sedangkan Allah dh mgaturkan segalanya utk hamba2Nya..


Carilah cinta yang disandarkan kepada-Nya yang menjanjikan kemanisan di dunia dan kelebihan di akhirat. Sesungguhnya cinta kepada makhluk ciptaan-Nya merupakan satu fitrah yang tidak boleh dielak oleh seseorang yang bergelar manusia. Sedangkan Adam pun berasa sunyi tanpa kehadiran Hawa, bukan? Apakah yang tidak ada di syurga? Fikirkanlah tentang ganjaran serta nikmat-nikmat yang bakal menanti kita di syurga yang tiada di dunia sementara kita melawan dari menuruti hawa nafsu kita yang sentiasa mahukan keseronokan yang tidak kekal juga kenikmatan yang tidak berpanjangan.
wassalam..


~~~~sebarkn utk kesedaran bsame^_^ ~~~~



Sunday, July 31, 2011

Kelebihan Ramadhan al-Mubarak

Ramadan Mubarak




Salam Ramadhan kpd sume rakan2 muslimin dn muslimat sekalian.. sm2lah kte
mmnjatkn kesyukuran kehadrat Ilahi yg Maha Pengasih lg maha Pemurah
atas limpah kurniaNya..
 Berikut adalah antara kelebihan Ramadhan:
1.Pintu syurga dbuka, Pintu Neraka diTutup.                                                                                    
 "apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu2 syurga dn dtutup semua pintu Neraka,serta diikat semua syaitan." (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2.Pahala Berlipat Ganda.
   "segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kpd 10 hnggalah 
    700 kali gnda." Allah berfirman; "kecuali puasa,sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku
    dan Aku mmberikan balasan kepadanya krn dia meninggalkn syahwat dan mkn minumnya krn Aku."
    (Hadith riwayat Muslim)
3.Diampun segala Dosa yg Lalu.
   "sesiapa yg bpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dn keikhlasan nescaya akan diampunkn
    segala dosanya yg telah lalu."(Hadith riwayat An-Nasai'e)
4.Jauh dr Api Neraka
  "barang siapa yg bpuasa sehari pada jalan Allah akan mnjauhi mukanya dari api neraka
   (sejauh perjalanan) 70 tahun." (Hadith riwayat Al-Bukhari)
5.Beroleh 2 Kegembiraan.
   "..dan bg org2 yg bpuasa, dua kegembiraan iaitu; apabila bbuka, dia gembira dgn waktu bbukanya
   dan apabila btemu Tuhannya, dia gembira dgnpuasanya." (Hadith Al-Bukhari dn Muslim)
6.Perisai Dari Seksaan.
  "Puasa itu perisai yg dgunakan seorang hamba utk membentengi dirinya dari seksaan neraka."
   (Hadith riwayat Imam Ahmad)
7.Doa sgt Mustajab.
   "tiga doa yg sgt mustajab, doa org yg bpuasa, doa org yg dizalimi dan doa org musafir." 
    (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Tirmizi)
8.Masuk Dlm Syurga.
   "di dalam syurga tdapat satu pintu yg disebut Ar-Rayyan; pada hari kiamat org2 yg bpuasa
   masuk drpnya (dan) tidak seorang pn selain mereka m,emasukinya.." (Hadith riwayat Al-Bukhari)
    Selamat Berpuasa & slmat Beramal..^_^
    ~~~~~~wassalam~~~~~~~

    Saturday, July 16, 2011

    KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'BAN

    Doa ku 01

     “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa dn Rahmat drp-Nya.


    1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya: Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.


    2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya: pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.
    Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.




    3. Daripada sayyidah Aisyah berkata:
    Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya


    4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
    Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah. Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang, Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?
    Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu
    Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.




    5. Dari Naufal al bakali bahwasanya sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.


    6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
    Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan dihiaskan syurga. Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.




    7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.




    Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban
    Disunatkan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:


    1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
    2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
    3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
    4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.






    sama2lah kta mnambah ketakwaan kpd yg Maha Esa..^^




    ..wassalam..

    CHAT BOX BUAT SUME

    Kepada sume kwn2 yg lawat blog sy nie, blh la join roomchat kat bawah ni..chatting kt bwh nie adalah dari Xat.com.. anda blh jg mndgr radio(klik on/off je kt radio kecik tu) yg d sediakn d setiap room.. pastikn anda menukar name anda(nme glamor/ ikut suke anda sume).. smoge ceria slalu^_^