RiaFm

(Cerita2 seram isnin-jumaat~12.15am-2.00am)
Translate this page into:
Spanish TranslationFrench TranslationGerman translationItalian translationPortuguese translationArabic translationJapanese translationKorean translationChinese translationRussian translation

Sunday, May 6, 2012

PEMAKAIAN KANTA LEKAP (Contact Lens)


Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua.. Di sini saya ingin berkongsi sedikit info berkaitan kanta lekap (contact lens) yang semakin diminati ramai baik dari segi hukum dan juga tips-tips pemakaiannya.

Cara pemakaian & Penjagaan 
  •  Buat pemeriksaan berkala dengan pakar optometri untuk mata dan kanta sentuh.
  •  Bersihkan dan basmi kuman pada kanta sentuh setiap hari seperti yang disarankan dan pastikan sentiasa dijaga dengan baik.
  • Jangan sesekali melebihi tempoh pemakaian kanta lekap seperti yang disarankan (8 jam).
  • Jangan pakai kanta sentuh yang sudah rosak.
  • Basuh tangan setiap kali hendak memakai kanta sentuh.
  • Bagi mengelakkan kejadian seperti  kerosakan serta kecederaan   ketika memakainya, elok berkuku pendek .
  • Gunakan pembersih kanta sentuh yang disarankan dan jangan guna air biasa untuk mencuci.
  • Sebelum bersolek dan sebelum mencuci solekan, tanggalkan dulu kanta mata.
  • Tutup kedua-dua mata ketika ingin menggunakan sebarang semburan.
  • Jangan pegang kanta sentuh jika membawa bahan kimia.
  • Simpan kanta sentuh ke dalam bekas yang sesuai.
  • Apabila menyimpan kanta sentuh ke dalam bekas pastikan kanta sentuh itu berada kedudukan di tengah-tengah sebelum menutup bekas berkenaan.
  • Jika terdapat gurisan atau apa saja tanda pada permukaan kanta sentuh, elak memakainya.
  • Elakkan membeli kanta sentuh yang murah harganya tanpa diketahui tahap kualitinya kerana mata adalah aset paling berharga dan sensitif.
  • Jika mata mengalami simptom merah atau kegatalan selepas memakai kanta sentuh, sila berjumpa doktor dengan segera.
   
(sumber Harian Metro)


 
Hukumnya disisi Agama Islam

Dalam satu soal jawab;

Soalan.
Apa hukumnya menggunakan kanta lekap, baik laki-laki ataupun perempuan? Dengan mempertimbangkan bahawa kanta lekap tersebut boleh diwarnai, adakah dengan memakai kanta tersebut, mereka diibaratkan orang yang melihat dan terletak dibawah larangan mengubah ciptaan Allah atau memperlihatkan perhiasan kepada selain keluarga atau mahram?

Jawapan.
Adalah dibenarkan untuk memakai kanta lekap (berwarna) seperti yang diterangkan di atas
kerana ia tidak dianggap menipu si pelihat kerana dianggap sama secara analogi,
dengan memakai hiasan luaran yang dibenarkan. Memakai kanta lekap berwarna tidak bererti mengubah ciptaan Allah kerana ia mengikut analogi mewarna rambut,dimana satu-satunya perbezaan antara kedua-dua perkara adalah bahawa mata merupakan sebahagian daripada wajah yang dibenarkan untuk didedahkan manakala rambut tidak dibenarkan didedahkan kecuali di depan pada seseorang mahram dan suami.
Kesamaan antara memakai kanta lekap berwarna dan mewarna rambut hanya merangkumi proses
pewarnaan yang tidak dianggap mengubah apa yang Allah telah cipta meskipun merupakan adalah menyalahi hukum untuk mengungkap rambut didepan orang lain selain keluarga atau mahram seseorang. Berdasarkan ini, kanta lekap berwarna tidak berada dalam kategori hiasan haram. Dan Allah Maha Besar lebih mengetahui.




 Ust Azhar Idrus- Kanta Lekap Kaler ' Contact Lens Color ' - YouTube 




 
Dalam satu sumber yang lain pula;

Ada dua tujuan memakai kanta lekap;

1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]

3. Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.

Wallahu a’lam.

Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL: Hukum Contact Lens



::Dengan nawaitu yang betul hari ini hari pertama sy memakai kanta lekap..hehe^^::

Monday, February 13, 2012

VALENTINE'S DAY (hukum bg org islam)





Assalamualaikum sume^_^ hari nie 13hb feb.dan esok 14hb. sudah semestinye ramai yg mengetahui tntang tarikh 14hbfeb tersebut kn..Hhm sbg org islam sy selalu mmingperati diri sy tntang hal2 yg mgkin kadang2 mmbuatkn kte leka atau trlupe akn sesuatu itu smada ia haram atau tidak..

Hari Kekasih atau Valentines Day adalah merupakan budaya asing yg menurut mereka hari untuk berkasih sayang. Mgkin ramai yg tidak tahu akn sejarah permulaan Valentine's Day ini.. Valentine's Day bermula sejak pemerintahan empayar Rom lg dengan menetapkan hari besar setiap tanggal 15 Februari yang dinamakan Lupercalia. Peringatan hari besar ini dirayakan untuk menghormati Juno (Tuhan Wanita) dan Perkawinan, serta Pah (Tuhan dari Alam). pada saat itu digambarkan orang-orang muda (laki-laki dan wanita) memilih pasangannya secara diundi, kemudian mereka bertukar hadiah sebagai pernyataan cinta kasih, dengan diikuti pelbagai pesta bersama pasangan masing-masing.

Selain itu, ada pndapat lain yg mgatakan Valentines Day diambil drp nama seorang paderi yg paling berpengaruh pd zaman pemerintahan Ratu Isabella dr Sepanyol iaitu St.Valentine yg status keduduknnya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.

Bagaimana pula dengan ucapan “Be My Valentine?” Ken Sweiger dalam artikel Should Biblical Christians Observe It? mengatakan kata “Valentine” berasal dari Latin yang bermaksud : “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa”. Kata ini ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Maka sedar atau tidak, -tulis Ken Sweiger- jika kita meminta orang menjadi “to be my Valentine”. 
Dalam Islam hal ini sdh tentu termasuk Syirik, iaitu menyekutukan Allah. Selainnya spt Cupid (bererti: the desire), si bayi bersayap dengan panah, adalah putra Nimrod, the hunter (dewa Matahari).

                 Kesimpulannya, apa pun  peristiwa tntang Valentine Day ini ia lebih kpd budaya dan amalan2 kafir dan sangat brtntangn dgn Islam yg sudah tentu kta sbgai umat islam harus mnjauhinya.. Selain itu, pnghayatan akidah Islam, pelaksanaan Ibadah, dan akhlak serta tradisi2 yg ada pd kta sbg umat islam tdk blh sma dgn agama lain. Sbgmana dlm firman Allah swt yg bermaksud: 

"Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yg kmu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yg aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Dan bagi kamu agama kamu dan bagi aku agama aku." (al-kafirun ayat 1-6)
  
dan Firman Allah swt lg yg bmksud:

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawabnya? (Al-Isra’ [17]: 36).

Di dalam Islam, usaha utk memupuk ksh syg(psgn suami isteri) tdk semestinye pd hr tersebut atau pd hr2 tertentu shj. Ia merupakan satu proses yg berterusan dmana nilai ksh syg itu harus ada hngga ke akhir hayat..

Jd, adakah kta msh kurang jelas akn mksud sbnr Valentines Day ini..??  Adakah kta msh mahu ingin mnyambutnya (dgn pasangan yg bkn muhrim)?? Tepuk dada tnya Iman dlm diri.=)


Sila rujuk:  http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day

Sumber rujukan lain: http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine
                                      :The World Book Encyclopedia 1998

CHAT BOX BUAT SUME

Kepada sume kwn2 yg lawat blog sy nie, blh la join roomchat kat bawah ni..chatting kt bwh nie adalah dari Xat.com.. anda blh jg mndgr radio(klik on/off je kt radio kecik tu) yg d sediakn d setiap room.. pastikn anda menukar name anda(nme glamor/ ikut suke anda sume).. smoge ceria slalu^_^