Assalamualaikum & Salam sejahtera buat semua.. Di sini saya ingin berkongsi sedikit info berkaitan kanta lekap (contact lens) yang semakin diminati ramai baik dari segi hukum dan juga tips-tips pemakaiannya.
Cara pemakaian & Penjagaan
- Buat pemeriksaan berkala dengan pakar optometri untuk mata dan kanta sentuh.
- Bersihkan dan basmi kuman pada kanta sentuh setiap hari seperti yang disarankan dan pastikan sentiasa dijaga dengan baik.
- Jangan sesekali melebihi tempoh pemakaian kanta lekap seperti yang disarankan (8 jam).
- Jangan pakai kanta sentuh yang sudah rosak.
- Basuh tangan setiap kali hendak memakai kanta sentuh.
- Bagi mengelakkan kejadian seperti kerosakan serta kecederaan ketika memakainya, elok berkuku pendek .
- Gunakan pembersih kanta sentuh yang disarankan dan jangan guna air biasa untuk mencuci.
- Sebelum bersolek dan sebelum mencuci solekan, tanggalkan dulu kanta mata.
- Tutup kedua-dua mata ketika ingin menggunakan sebarang semburan.
- Jangan pegang kanta sentuh jika membawa bahan kimia.
- Simpan kanta sentuh ke dalam bekas yang sesuai.
- Apabila menyimpan kanta sentuh ke dalam bekas pastikan kanta sentuh itu berada kedudukan di tengah-tengah sebelum menutup bekas berkenaan.
- Jika terdapat gurisan atau apa saja tanda pada permukaan kanta sentuh, elak memakainya.
- Elakkan membeli kanta sentuh yang murah harganya tanpa diketahui tahap kualitinya kerana mata adalah aset paling berharga dan sensitif.
- Jika mata mengalami simptom merah atau kegatalan selepas memakai kanta sentuh, sila berjumpa doktor dengan segera.
(sumber Harian Metro)
Hukumnya disisi Agama Islam
Dalam satu soal jawab;
Soalan.
Apa hukumnya menggunakan kanta lekap, baik laki-laki ataupun
perempuan? Dengan mempertimbangkan bahawa kanta lekap tersebut boleh diwarnai,
adakah dengan memakai kanta tersebut, mereka diibaratkan orang yang melihat dan
terletak dibawah larangan mengubah ciptaan Allah atau memperlihatkan perhiasan
kepada selain keluarga atau mahram?
Jawapan.
Adalah dibenarkan untuk memakai kanta lekap (berwarna)
seperti yang diterangkan di atas
kerana ia tidak dianggap menipu si pelihat kerana dianggap
sama secara analogi,
dengan memakai hiasan luaran yang dibenarkan. Memakai kanta
lekap berwarna tidak bererti mengubah ciptaan Allah kerana ia mengikut analogi mewarna rambut,dimana
satu-satunya perbezaan antara kedua-dua perkara adalah bahawa mata merupakan sebahagian daripada wajah yang
dibenarkan untuk didedahkan manakala rambut tidak dibenarkan didedahkan kecuali di depan pada
seseorang mahram dan suami.
Kesamaan antara memakai kanta lekap berwarna dan mewarna
rambut hanya merangkumi proses
pewarnaan yang tidak dianggap mengubah apa yang Allah telah
cipta meskipun merupakan adalah menyalahi hukum untuk mengungkap rambut didepan orang lain selain keluarga atau
mahram seseorang. Berdasarkan ini, kanta lekap berwarna tidak berada dalam kategori hiasan
haram. Dan Allah Maha Besar lebih mengetahui.
Ust Azhar Idrus- Kanta Lekap Kaler ' Contact Lens Color ' -
YouTube
Dalam satu sumber yang lain pula;
Ada dua tujuan memakai kanta lekap;
1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana
masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata.
Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.
2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka,
bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum
perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;
a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang
lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang
boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan
Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak
telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah
warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa
penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan
sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan,
ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]
3. Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk,
solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian
dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk
atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata).
Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata
tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan
menjejaskan solat kerana contact lens.
Wallahu a’lam.
Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL: Hukum Contact Lens
::Dengan nawaitu yang betul hari ini hari pertama sy memakai kanta lekap..hehe^^::
No comments:
Post a Comment